Monday, February 8, 2010

Asid Folic




Asid folik atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai didalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Keperluan asid folik boleh didapati sama ada dengan memakan makanan yang diperkayakan dengan asid folik atau dengan pil asid folik.

Terdapat banyak kajian yang menunjukkan kepentingan asid folik dalam perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan, sebelum dan semasa mengandung. Ramai wanita tidak tahu penambahan pengambilan asid folik perlu dilakukan sebelum mengandung lagi. Ia dapat membantu menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil "Neural Tube Defect" atau NTD, otak (anencephaly) iaitu nama diberikan kapada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan akan mati sejurus sahaja ia dilahirkan dan saraf tunjang (spina bifida). Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan lumpuh, masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak. Menurut kajian pengambilan asid folik dapat membantu mencegah kecacatan ini 50% ke 70% kemungkinan daripada ianya berlaku.

Asid folik digunakan oleh badan wanita mengandung untuk pembinaan sel-sel bayi dalam kandungan. Saintis tidak pasti bagaimana ia membantu dalam pencegahan kecacatan kandungan namun saintis pasti ia membantu dalam pembentukan sel-sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang.

Jumlah yang disyorkan adalah sekitar 400 Microgram (400mcg) atau 0.4mg setiap hari, 2 ke 3 bulan sebelum merancang mengandung dan semasa mengandung. Pemgambilan asid folik adalah perlu namun dapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor untuk pengambilan asid folik dan apa-apa penambahan makanan dan vitamin.

Sumber saya : sini dan sini

No comments:

Post a Comment

LuaHkaN